3 fungsi pengurusan pelaburan kerajaan bagi setiap
insituisi-insituisi berikut:
Bank
Negara
Bank
Negara telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1959 dan objektif utamanya adalah
untuk mengeluarkan mata wang dan menyimpan rizab yang menjaga nilai mata wang.
Selain daripada itu, ia juga bertindak sebagai jurubank, agen belanjawan dan
penasihat kewangan kepada kerajaan di samping menggalakkan kestabilan kewangan
dan struktur kewangan yang baik serta mempengaruhi kedudukan kredit bagi
kepentingan negara. Tanggungjawab sebagai agen belanjawan kerajaan termasuklah
bertindak bagi pihak kerajaan atas rancangan pinjaman awamnya, termasuk
mendapatkan pinjaman dari dalam dan luar negeri dan menguruskan hutang awam.
Objektif utama Bank Negara adalah merupakan sebahagian daripada objektif dasar
negara yang lebih luas seperti tahap penggunaan guna tenaga yang tinggi,
kestabilan kuasa beli pengguna, pembasmian kemiskinan, dan keseimbangan yang
baik dalam imbangan pembayaran negara. Sumbangan penting Bank Negara yang
paling penting adalah untuk memastikan bekalan dan kos wang serta kredit di
dalam negara mencukupi untuk mempengaruhi objektif negara. Kuasa perundangan
yang dibekalkan adalah seperti Ordinan Bank Negara 1958, Akta Bank 1973, Akta
Syarikat Kewangan, dan Akta Insurans 1963. Sebagai jurubank dan penasihat
kewangan kepada kerajaan, hubungan yang rapat perlu dibuat dengan
Perbendaharaan Malaysia. Untuk itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan menjadi
ahli ex-officio Lembaga Pengarah Bank Negara sementara Gabenor Bank negara pula
dilantik menjadi penasihat dalam jawatankuasa penting negara seperti
Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara
(JPPN). Perhubungan dua pihak ini dibuat dalam perbincangan dua hala di mana
Bank Negara sentiasa menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar kewangan dan
mencadangkan langkah-langkah semasa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.
Perbendaharaan pula akan memberitahu dasar-dasar yang ingin diambil oleh
kerajaan melalui dialog bersama dan Bank Negara diminta memberi nasihat
terutamanya yang menyentuh bidang tanggungjawab Bank Negara.
Unit
Perancang Ekonomi (UPE)
UPE
adalah satu agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Peranannya adalah sebagai agensi yang merancang pembangunan ekonomi negara
dengan merangka dan melaksanakan dasar-dasar rancangan pembangunan ekonomi
nasional. UPE juga akan menyediakan belanjawan pembangunan tahunan dan akan
menyemak serta memeriksa semua anggaran perbelanjaan pembangunan agensi-agensi
kerajaan. Di peringkat negeri juga,
terdapat unit perancang ekonomi yang dikenali sebagai Unit Perancang Ekonomi
Negeri (UPEN) bagi mengkoordinasikan rancangan pembangunan di peringkat negeri
dan daerah agar rancangan pembangunan negara menjadi lebih bersepadu dan
komprehensif. UPE bersama-sama Perbendaharaan akan memeriksa perbelanjaan
pembangunan sebelum dikemukakan kepada kabinet dan seterusnya ke Parlimen.
Kementerian
Kewangan
Kementerian Kewangan berperanan sebagai
penyediaan belanjawan. Unit yang terlibat dalam menggerakan aktiviti pusingan
ialah Perbendaharaan. Peranan perbendaharaan
ialah merancang, menimbang, melulus dan mengawal penyediaan serta penggunaan belanjawan mengurus.
Perbendaharaan juga menggubal dasar dan strategi belanjawan yang akan dituruti
oleh agensi-agensi kerajaan. Sebelum sesuatu perbelanjaan tahun hadapan dapat
dirancang , adalah penting bagi agensi
ini untuk mengetahui unjuran hasil negara. Untuk tujuan tersebut unit
ini akan mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan daripada Bahagian Ekonomi
dan bahagian Cukai.
No comments:
Post a Comment